Batas dan Adab Pergaulan dalam Islam Disember 2018
DUA6022
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
NAMA AHLI KUMPULAN:
SITI AISYAH ADDINNA BT AYUB (02DSK16F2028)
NUR AINABALQIS BT AB KADIR @ SAHIBULLAH (02DSK16F2011)
NUR NAELLA BT DOLZAKIPI (02DSK16F2007)
HUSNA INSYIRAH BT ISMAIL (02DSK16F2006)
MUHAMMAD FARID BIN ZAKARIA (02DSK16F2017)
ISI KANDUNGAN:
1. Penghargaan
2. Pengenalan
3. 3 Peringkat Pergaulan
4. Batas Aurat Lelaki dan Perempuan
5. Kesan Buruk Akibat Pergaulan Bebas
6. Kesimpulan
7. Lampiran
8. Rujukan
PENGHARGAAN
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah
kurniaNya, dapat kami menyiapkan e-folio yang ditugaskan ini dengan
jayanya. Kami menjulang sepenuhnya
penghargaan kepada pensyarah kami iaitu Ustazah Cik Razana Binti Mohd Kasim, pensyarah
bagi mata pelajaran Komunikasi Dan Penyiaran Islam diatas kepercayaan beliau
memberikan tugasan ini kepada kumpulan kami.
Beliau juga banyak membantu kami sepanjang penyiapan tugasan ini
berlaku. Kami juga ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara
langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini.
Selain itu, pelbagai ilmu pengetahuan yang dapat kami
pelajari sepanjang kami menyiapkan tugasan ini malah sikap kerjasama yang ditunjukkan
oleh rakan-rakan ternyata dapat membuahkan hasil dengan kejayaan kami
menyelesaikan tugasan yang diberikan ini.
Akhir sekali, tidak dilupakan juga kepada ibu bapa dan
keluarga kami yang turut membantu kami dalam proses penyiapan tugasan kerana sanggup
menolong kami dari segi bantuan kewangan, idea dan sokongan moral dan
mental. Terima kasih juga kepada sesiapa
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan tugasan
ini. Kami berasa bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberikan ini walaupun terdapat banyak cabaran. Sekian, terima kasih.
PENGENALAN
Seperti yang kita sedia maklum, pada hari ini sudah hilangnya adab pergaulan di antara lelaki dan juga perempuan yang bukan ajnabi. Pergaulan atau ikhtilat (bahasa Arab) dalam Islam membawa maksud pergaulan atau percampuran antara lelaki dan wanita ajnabi di satu tempat yakni berlaku interaksi dalam bentuk perbuatan di antara seseorang dengan lain. Iaitu ia hanya berlaku di antara tiga orang atau lebih. Ini berbeza dengan khalwat yang terdiri daripada dua orang sahaja. Oleh itu, Islam menetapkan peraturan antara sesama manusia dari antara lelaki dengan perempuan.
3 PERINGKAT PERGAULAN
1. Peringkat berkenalan (taaruf)
Untuk membantu kita untuk saling kenal-mengenali.
Untuk membantu kita untuk saling kenal-mengenali.
2. Peringkat memahami (tafahum)
Dapat memahami sifat, latar belakang akhlak seseorang. Dengan ini mudahlah kita untuk menentukan orang yang akan menjadi teman kita.
Dapat memahami sifat, latar belakang akhlak seseorang. Dengan ini mudahlah kita untuk menentukan orang yang akan menjadi teman kita.
3. Peringkat tolong-menolong (taawun)
Dengan tolong-menolong sesama manusia, kita dapat mengeratkan hubungan sesama manusia.
Dengan tolong-menolong sesama manusia, kita dapat mengeratkan hubungan sesama manusia.
BATAS AURAT LELAKI DAN PEREMPUAN
1- Aurat lelaki
Jumhur Fuqaha daripada al-Syafi’iyyah, al-Malikiyah dan al-Hanabilah berpendapat bahawa aurat lelaki adalah antara pusat hingga ke lutut. Namun demikian, lelaki adalah wajib menutup anggota yang terdekat dengan pusat dan lutut supaya “aurat” yang wajib itu dapat dijaga dengan sempurna.
2- Aurat wanita
Ulama Muslimin berpendapat bahawa aurat bagi wanita ialah keseluruhan badan, selain muka dan kedua-dua tapak tangannya (Maudidi,1995)
3- Pakaian lelaki
Pakaian lelaki hendaklah longgar dan sehingga tidak menampakkan apa-apa yang hendak dilindungi. Selain itu, pakaian lelaki tidak boleh menyerupai pakaian wanita dan pakaian orang-orang kafir. Tujuan berpakaian bukanlah untuk tujuan kebanggaan mencari kemasyhuran, tetapi menurut syariat Islam.
4- Pakaian wanita
Pakaian wanita mestilah pakaian yang menutup semua anggota badan kecuali bahagian muka dan tapak tangan seperti yang dibenarkan dalam Islam. Pakaian wanita mestilah longgar supaya tidak menampakkan susuk tubuhnya. Pakaian wanita perlu tebal, tidak menampakkan warna kulit dan tidaklah bersifat menarik perhatian dan syahwat kaum lelaki. Pakaian wanita juga tidak boleh menyerupai pakaian lelaki dan tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir. Tujuan berpakaian adalah untuk menutup aurat seperti yang disyariatkan dalam Islam.
ADAB-ADAB DAN BATAS PERGAULAN
Di dalam agama Islam, terdapat beberapa adab yang harus ditekankan. Antaranya ialah:
1. Memelihara Pandangan
Allah memerintahkan kaum lelaki merendahkan pandangannya. Sebagaimana Allah telah berfirman:
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)

2. Menutup Aurat
Sebagaimana Allah telah berfirman dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis
Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata: Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3. Tidak berdua-duaan di antara Lelaki dan Perempuan
Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi)

4. Tidak melunakkan percakapan
Seorang wanita dilarang melunakkan percakapannya ketika bercakap selain daripada suami. Allah SWT telah berfirman;Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)
Imam Ibnu Kathir juga berkata;
Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

5. Tidak bersentuhan dengan kaum berlawanan jenis
Dari Maqil bin Yasar .a. berkata;
Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)

KESAN BURUK AKIBAT PERGAULAN BEBAS
1. Merosakkan jiwa dan akhlak
Jiwa yang rosak akan membentuk akhlak yang buruk. Seseorang yang berkelakuan buruk ketika bergaul akan menyebabkan hati menjadi hitam dengan dosa-dosa yang ditanggungnya. Dosa akibat perbuatan maksiat akan mengakibatkan seseorang itu sukar untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Untuk menghilangkan kekotoran itu, kita perlu bertaubat memohon keampunan-Nya, sentiasa mengingati Allah SWT serta melakukan perbuatan-perbuatan yang disukai-Nya.
2. Menyuburkan perzinaan
Pergaulan bebas tanpa ikatan dan batasan akan menjadi puca kepada perbuatan zina dalam kalangan manusia. Oleh yang demikian, kita diperintahkan untuk menundukkan pandangan supaya nafsu serta keinginan dapat dikawal. Syaitan sentiasa berusaha agar manusia sentiasa membuat dosa dan maksiat. Oleh itu, kita perlu sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah SWT supaya dapat menghindar zina dan perbuatan maksiat yang lain.
3. Merosakkan maruah diri, masyarakat dan negara
Setiap perbuatan yang bercanggah dengan hukum Allah SWT akan membawa keburukan. Kemungkaran yang dibuat akan merosakkan maruah diri seseorang. Tanpa maruah, seseorang itu tidak akan dihormati dan hilang harga dirinya. Masyarakat dan negara juga akan menerima kesan daripada pergaulan bebas ini.
4. Membawa kepada kemurkaan Allah SWT
Sesiapa yang menjaga dan melaksanakan perintah Allah SWT termasuk dalam golongan hamba yang mulia di sisi-Nya. Orang-orang yang melanggar perintah dan larangan Allah SWT pula akan mendapat kemurkaan-Nya. Hidup mereka akan sentiasa berada dalam keresahan, tidak tenteram dan tidak lagi mendapat ketenangan jiwa akibat dosa-dosanya.
KESIMPULAN
Seperti yang kita sedia maklum, pergaulan bebas ini memberi impak negatif daripada positif. Melalui pergaulan bebas ini akan menyebabkan individu terjerumus kepada penzinaan.Pergaulan bebas ini tidak akan terjadi jikalau semua pihak tidak mengambil berat daripada aktiviti ini berleluasa. Kita seharusnya mencegah aktiviti ini daripada ia terus merosakkan akhlak remaja. Ibu bapa juga haruslah memainkan peranan penting dengan menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak mereka, memberi didikan agama yang sempurna sejak mereka kecil lagi. Bak kata pepatah melayu “mencegah itu lebih baik daripada merawat”.
LAMPIRAN
![]() |
| Rajah 7.1 Anti pergaulan bebas |
![]() |
| Rajah 7.2 Harus menjaga jarak jika bergaul |
![]() |
| Rajah 7.3 Etika pemakaian yang mengikut syariah Islam |
Rajah 7.6 Petikan Surah Al-Isra' ayat 32 tentang zina
RUJUKAN
BUKU
1- Marzuki Sepiaal,Rina Fakhizan Mohd Sukri,Dr. Alias Mat Saad(2016). Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam.Kuala Lumpur: Siri Politeknik. Oxford Fajar.
INTERNET

Comments
Post a Comment